Monday, December 24, 2012

Ayah...



Bismilahirahmannirahim.
Assalamualaikum W.B.T. Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH… Hari ini ana nak  kongsi pengalaman ana mengenai arwah ayah ana yang bernama Abu Hasan Bin Bahaudin.. 


Ayah ana ni seorang yang pendiam.. Tak banyak bicara. Hidupnya terlalu banyak berahsia dan tidak mahu menyusahkan orang lain terutamanya anak-anaknya sendiri…teringat ana ketika ana pertama sekali mendapat gaji, ana beri pada ayah tetapi dengan lembut ayah menolak. Ayah tak pernah meminta walau dia dalam susah.. Padanya biarlah dia susah asal tidak membebankan orang lain.

Ana masih ingat lagi kenangan yang sangat2 mengharukan pabila ana berada di sekolah rendah…ana cuba untuk masak kerang rebus, ntah macam mana boleh hangus mungkin terlalu lama masak sampai betul2 tiada air, jadi lah kerang hangus, sudah la tu sambal asam yang ana buatkan terlalu masin, yang sangat2 terharu dan rase cam nak menitis air mata ini tatkala ayah makan walau hangus, walau pahit tetap habis ayah makan walau masin sambal tu tetap ayah rasa tanpa banyak bicara dan tanpa berubah muka pabila makan benda yang ana rasa kalau ana hidangkan pada sesiapa saja mesti berubah mukanya atau meluahkan balik makanan di dalam mulut  itu sambil mengkritik hidangan tersebut… masyaallah..mana ada orang nak makan makanan yang dah hangus tanpa bising mengenai makanan tu.. Ayah ana betul2 menjaga hati walau ana anaknya yang masih di bangku sekolah yang tak faham lagi, main belasah aja..

Semasa di sekolah rendah, semua kawan2 ana sekolah petang(agama) tetapi rasanya ana dan adik beradik  sahaja yang tidak berpeluang utnuk pergi kesekolah sesi petang itu, ana selalu memberontak dalam diri, selalu menyalahkan emak dan ayah kerana pada masa rakan2 ana sudah pandai membaca al-quran, ana langsung tak tau dan kawan2 ana pada masa tu selalu mengejek ana…ana selalu pasakkan ingatan yang mak dan ayah tak mau anak dia pandai baca al-quran.. Setiap kali ana ajukan soalan pada mak ayah kenapa ana tak dapat pergi kesekolah sesi petang, kata emak x perlu ayah hanya berdiam tanpa bicara… tetapi baru ana sedar yang mak ayah ana bertungkus lumus mencari rezeki utk sesuap nasi pada anak2nya..dan tiada kemampuan utk menyediakan lebih dari kemampuan.. Masyaallah.. Ana begitu menyesal..

Ayah ana ni jenis yang tak pandai meluahkan kata2.. Tapi hanya bagi “hint” sahaja.. Pernah satu ketika waktu itu ana sudah berumah tangga dan rasanya sudah berbulan juga ana tak balik ke kampong.. Ayah punya rindu sampai mimpi ana sakit dan badan ana jadi sangat kurus… punya risau seorang ayah pada anaknya..sampai kakak2 ana pon “join”risau dengan mimpi ayah tu dan ramai2 bertandang ke jeram utk melihat keadaan ana yang rasanya baru mendirikan rumah tangga ketika itu ..Subhanallah…Seronoknya perasaan ketika itu, x dpt di gambarkan..

Tapi sebelum beliau pergi buat selama-lamanya ada satu ketika ana balik kekampung.. Ana tak pernah peluk ayah ana seingat ana la sebab ayah ana ni pemalu… tapi masa itu ana terasa sangat2 ingin memeluk ayah ana..ana salam cium tangan ayah dan ana terus peluk ayah ana sambil bisik pada ayah “Zura rindu Ayah”, rupanya ayah pun rindukan ana.. Ayah balas pelukan ana.. Bila teringat semula semua kenangan, air mata ana tak semena-mena menitis sayu.. Ayah masanya banyak bekerja siang malam sangat Disiplin dalam kerjayanya, tak banyak kenangan bersama ayah tetapi  bila kehilangan, betul2 terasa kehilangannya.. Terkenang kenangan bersama  ayah yang hanya sedikit tetapi begitu mendalam menusuk ke hati..





Di bawah ana ada sisipkan serangkap doa untuk sesiapa yang kehilangan ayah bondanya atau sesiapa saja, insyaallah dengan istiqomah,termakbul doa anda semua..


Natijah Meninggalkan Solat

Bissmillahirahmannirahim…

Assalamulaikum ya akhi ya ukhti yang dirahmati ALLAH sekalian. jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam insyaallah.. baiklah kali ini ana tertarik dan perasaan ini menarik ana untuk utarakan natijah meninggalkan solat fardhu… seperti yang kita tau solat fardhu ada lima waktu dalam sehari dan wajib sebagai umat islam mengerjakannya…
Siapa yang tak pernah membuat kesilapan.. ana pun dahulu sering meninggalkan solat dalam sengaja atau pun sebaliknya.. tetapi setelah ana tau natijah meninggalkan solat ini, ana berazam dalam diri untuk tidak meninggalkan solat dan sekiranya tak sengaja hanya allah yang mengetahuinya , minta la keampunan kepada-NYA sebanyak-banyaknya.. moga kita tidak menjadi sahabat syaitan yang direjam di dunia yang penuh tipu daya mahupun di akhirat kelak…amin.
Baiklah, tanpa banyak bicara ana akan coretkan sedikit sebanyak yang ana tau utk dijadikan panduan dan peringatan pada kita yang sentiasa alpa, insyaallah…minta sesiapa yang dapati ana ada tersilap di mana2.. tolong tegur ana utk kita sama2 kejalan yang diredhai..



SOLAT  SUBUH
Allah SWT akan mencampakkanya kedalam neraka jahannam selama 60 tahun di akhirat iaitu bersamaan 3600000 tahun di dunia

SOLAT ZUHUR
Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. MasyaALLAH, sedangkan membunuh seorang muslim itu pun kita dikira membunuh semua manusia ini kan pula 1000 orang muslim.. betapa besar dosa hanya kerana meninggalkan solat dengan sengaja ..kalau di fikirkan masih ada ruangkah kita menjejaki kaki kita di syurga kelak? Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat benar- menganiaya dirinya sendiri..
SOLAT ASAR
Dosanya sama seperti meruntuhkan ka’abah..masyaALLAH, sanggupkah kita menanggung dosa sebesar itu hanya tidak mau melakukan solat yang hanya 15 minit itu?

SOLAT MAGHRIB
Dosanya sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri… Astaghfirullahhalazim.. Minta jauh lah  dan ana amat menyeru pada saudara /saudari sekalian.. Tolong ambil pekara ini secara serius.. Rasanya sangat bersalah kepada kedua ibu bapa kita..

SOLAT ISYAK
Allah SWT berseru kepada mereka “hai orang yang meninggalkan solat isyak, bahawa aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiku dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sedarlah wahai manusia termasuk ana sendiri.. segala nikmat yang ada di bumi dan dilangit itu milik allah.. tak malukah kita mengunakannya tanpa bersyukur dan patuh kepada-NYA.

Rasulullah S.A.W bersabda:

~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur diwajahnya

~ Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat

~ Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan

~ Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

~ Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN, TUTUPLAH AURATMU SEBELUM KAMU DIKAFANKAN, BERAMAL LAH SEMENTARA DI BERI WAKTU



Sunday, December 23, 2012

Azab


AZAB SEMASA KOMA..

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum w.b.t pada semua yang dirahmati ALLAH sekalian… pada kali ini insyaallah ana ingin menceritakan kisah pengalaman  hamba ALLAH yang bernama MAZLAN yang sedikit sebanyak insyaallah membawa manfaat kepada kita semua terutamanya pada kaum hawa seperti ana sendiri…sama-sama kita renungkan kisah yang menyayat hati ini..

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan… kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."

wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"


"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. . " itu dah terlambat.


Saturday, August 4, 2012

Kebenaran


HANYA UNTUK RENUNGAN..


Kebenaran selalunya pahit bagi seseorang untuk menerima, namun dalam jangka masa yang panjang ia akan bertukar menjadi manis  kerna dari situ kita akan berfikir dan berfikir lagi tentang sesuatu dan belajar terima kenyataan dan cuba perbaiki kekhilafan..

Penipuan memang semua nya manis didengar kerna ingin menyedapkan telinga manusia yang mendengar, Tapi jika  ianya Terbongkar, semua penipuan akan menjadi pahit dalam jangka masa yang lama. lebih parah lagi ia akan menjadi racun amarah dan dendam berpanjangan. ia adalah mainan syaitan/iblis  semata…

Iblis/syaitan ingin manusia semuanya mengikut telunjuknya dan menemani dia di neraka jahanam.. itu lah tujuan utama.. memang benar, zaman sekarang memang payah untuk melihat manusia yang seperti zaman rasul kita iaitu Rasulullah s.a.w..

Berfikir balik adakah kita layak ke syurgaNYA?, cukupkah bekalan kita untuk ke alam yang selama-lamanya… mungkin ramai yang da tau atau ramai yang terlupa hidup kita di dunia terlalu singkat berbanding di akhirat kelak dan kesusahan di dunia begitu ringan berbanding di sana(Akhirat)..Memang di dunia adalah tempat bahagia(syurga) bagi  yang kafir tapi bagi umat islam dunia adalah tempat yang penuh dugaan dan rintangan, jika kita bersabar sentiasa mengikut perintahnya walau di hukum bunuh sekalipun, Syurga tempat abadi.. insyaallah..

diri ini mengaku yang terlalu byk perkara atau ilmu allah yang belum Diketahui dan belum  diterokai, diri ini menyedari begitu kerdil di hadapan NYA. Apakah diterima ampunan? Apakah diterima segala amalan? Apakah segala zikir dan bacaan suci Al-Quran cukup sempurna,?, tidak sempurna kalau tidak memahami apa setiap isi kandungan yang kita baca
Untuk apa kita perlu memahami? Untuk mengetahui isi kandungannya dan untuk kita memandiri atau memotivasikan diri supaya sentiasa mengikuti jalan yang lurus lagi sahih.


Kita semua manusia tak lari dari kesilapan, dan apabila tersedar dari kesilapan… bertaubatlah tanpa berlengah…dan berjanji tidak melakukannya lagi… ingat ALLAH MAHA HALUS lagi MAHA MENGETAHUI apa yang nyata atau sebaliknya..
Cubalah melawan perasaan yang dimain kan oleh iblis.. cubalah sedaya upaya melawannya…sama2lah umat islam bersatu padu saling tolong menolong… islam agama yang sangat penyayang dan berkasih sayang.. contoh kita boleh lihat atau baca dari keperibadian Rasul kita sendiri… tidak pernah dan tidak ada yang buruk dari kekasih ALLAH itu.. kita memang tak se sempurna rasul tapi setidak-tidaknya cubalah mengikuti tingkah lakunya yang sangat penyanyang.

Orang selalu kata “Pokok Pangkalnya Hati”
Memang benar, jagalah hati dari hasat iri hati atau syakwa sangka…bersih kan hati dengan zikir …kenapa kita selalu susah untuk mengawal nafsu? Kenapa kita sukar untuk menolak kata hati? Kenapa kita selalu syakwa sangka kepada sesame manusia sedang kan kita sebenarnya tak layak untuk itu.. kenapa kita terlalu riya’ dan sombong dengan apa yang kita miliki di dunia dan pada paras rupa? apakah kita lupa bumi siapa yang kita pijak? Jasad dan roh siapa yang kita pinjam? Milik siapa kita ni?


Semuanya hak mutlak ALLAH YANG MAHA ESA. Kita hanya meminjam untuk di uji di bumi atau didunia sama ada kita bersyukur atas pemberian ini…MAHA SUCI ALLAH.. diri ini tidak dapat menahan sebak dari terkenangkan dosa2 silam, diri ini tak dapat menahan kekesalan akibat terlalu mengikut hati dan membenarkan  iblis jahannam menguasai diri.. ASGHTAGFIRULLAH HAL’AZIM.. 


“YA ALLAH tetapkan lah hati kami untuk terus mendekatiMU, menyayangiMU dan RASULMU, dan mengikuti segala perintah MU, lindungilah kami dari bisikan dan hasutan iblis dan syaitan, sesungguh nya ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, kurniakan la zuriat dari kami yang Sentiasa sujud kepada MU YA ALLAH..ampunilah segala dosa-dosa kami dan KAU lindungilah kepada mereka-mereka yang telah dizalimi dan disiksa sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI..”         

Diri ini sangat jelas tentang kaum wanita lebih ramai berbanding kaum lelaki yang berada di neraka.. diri ini mengalami situasi berperang dengan diri sendiri.. apabila ingin berpakaian menutup aurat hati ini begitu berat untuk melakukan..dan terdetik perkataan “panaslah” atau “nanti aku nampak lagi gemuk lah kalau aku pakai baju longgar2” di dalam hati. Persoalannya kenapa ingkar? Kenapa mesti nak nampak kurus, hanya ingin perhatian atau ingin dipuji? Puji memuji adalah hanya untuk ALLAH… kita sebagai manusia tak berhak mendapat pujian yang sebenarnya Dari ALLAH..

Renung – renungkanlah sekiranya kita mati dalam keadaan tiba2, sudah solat kah? apa bekalan? Bersediakah kita untuk berdepan di alam kubur dan menjawab segala soalan2 dari malaikat dengan yakin? Cukupkah bekalan kita untuk di sana yang SELAMA-LAMANYA… Diri ini selalu terfikir apakah cukup islam diri ini hanya solat lima waktu dan  menutup aurat? Apakah diterima setiap ibadah kita?
Semua tidak boleh dijadikan alas an untuk menyedapkan hati walhal kita tak pasti, oleh itu sentiasa istighfar di dalam hati dan selalu mengingatiNYA…

Kita selalu melihat atau mendengar manusia mengeji atau menghina sesame sendiri. ,memutuskan tali silaturrahim dan ada sehinggakan  saling berbunuh-bunuh untuk membalas dendam kesumat dan amarah… MASYAALLAH,, kita tiada hak untuk menentukan hidup mati seseorang dan kita tiada hak untuk menghina ciptaan allah hanya kerana hatinya manusia itu terlalu mengikuti turutan syaitan. maafkan lah, Doakanlah untuknya, supaya dilembutkan hati dan dijauhi dari hasutan syaitan dan hawa nafsu..

Kita digalakan menangis dari ketawa…fikirkan amalan kita, fikirkan adakah ALLAH terima segala amalan yang kita lakukan…dan jangan pernah terfikir yang amalan kita sudah cukup…sedangkan para sahabat di zaman Rasulullah yang dijanjikan syurga sendiri mengeluh dan bersedih kerana selalu terfikir amalannya yang dikatakan amat sedikit..

Jaga adab di depan,  SESAMA manusia Walaupun Berlainan Agama, Haiwan, , Tumbuhan  . Ingatlah wahai sahabat ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERBUKA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI.
‘BARAKALLAH”

we love islam, we war devil!