HANYA UNTUK RENUNGAN..
Kebenaran selalunya pahit bagi seseorang untuk menerima,
namun dalam jangka masa yang panjang ia akan bertukar menjadi manis kerna dari situ kita akan berfikir dan
berfikir lagi tentang sesuatu dan belajar terima kenyataan dan cuba
perbaiki kekhilafan..
Penipuan memang semua nya manis didengar kerna ingin
menyedapkan telinga manusia yang mendengar, Tapi jika ianya Terbongkar, semua penipuan akan menjadi pahit
dalam jangka masa yang lama. lebih parah lagi ia akan menjadi racun amarah dan
dendam berpanjangan. ia adalah mainan syaitan/iblis semata…
Iblis/syaitan ingin manusia semuanya mengikut telunjuknya
dan menemani dia di neraka jahanam.. itu lah tujuan utama.. memang benar, zaman
sekarang memang payah untuk melihat manusia yang seperti zaman rasul kita iaitu
Rasulullah s.a.w..
Berfikir balik adakah kita layak ke syurgaNYA?, cukupkah
bekalan kita untuk ke alam yang selama-lamanya… mungkin ramai yang da tau atau
ramai yang terlupa hidup kita di dunia terlalu singkat berbanding di akhirat
kelak dan kesusahan di dunia begitu ringan berbanding di sana(Akhirat)..Memang di dunia adalah tempat
bahagia(syurga) bagi yang kafir tapi
bagi umat islam dunia adalah tempat yang penuh dugaan dan rintangan, jika kita
bersabar sentiasa mengikut perintahnya walau di hukum bunuh sekalipun, Syurga
tempat abadi.. insyaallah..
diri ini mengaku yang terlalu byk perkara atau ilmu allah
yang belum Diketahui dan belum diterokai,
diri ini menyedari begitu kerdil di hadapan NYA. Apakah diterima ampunan? Apakah
diterima segala amalan? Apakah segala zikir dan bacaan suci Al-Quran cukup
sempurna,?, tidak sempurna kalau tidak memahami apa setiap isi kandungan yang
kita baca
Untuk apa kita perlu memahami? Untuk mengetahui isi
kandungannya dan untuk kita memandiri atau memotivasikan diri supaya sentiasa
mengikuti jalan yang lurus lagi sahih.
Kita semua manusia tak lari dari kesilapan, dan apabila
tersedar dari kesilapan… bertaubatlah tanpa berlengah…dan berjanji tidak
melakukannya lagi… ingat ALLAH MAHA HALUS lagi MAHA MENGETAHUI apa yang nyata
atau sebaliknya..
Cubalah melawan perasaan yang dimain kan oleh iblis.. cubalah sedaya upaya
melawannya…sama2lah umat islam bersatu padu saling tolong menolong… islam agama
yang sangat penyayang dan berkasih sayang.. contoh kita boleh lihat atau baca
dari keperibadian Rasul kita sendiri… tidak pernah dan tidak ada yang buruk
dari kekasih ALLAH itu.. kita memang tak se sempurna rasul tapi
setidak-tidaknya cubalah mengikuti tingkah lakunya yang sangat penyanyang.
Orang selalu kata “Pokok Pangkalnya Hati”
Memang benar, jagalah hati dari hasat iri hati atau syakwa
sangka…bersih kan
hati dengan zikir …kenapa kita selalu susah untuk mengawal nafsu? Kenapa kita
sukar untuk menolak kata hati? Kenapa kita selalu syakwa sangka kepada sesame
manusia sedang kan
kita sebenarnya tak layak untuk itu.. kenapa kita terlalu riya’ dan sombong
dengan apa yang kita miliki di dunia dan pada paras rupa? apakah kita lupa bumi
siapa yang kita pijak? Jasad dan roh siapa yang kita pinjam? Milik siapa kita
ni?
Semuanya hak mutlak ALLAH YANG MAHA ESA. Kita hanya meminjam
untuk di uji di bumi atau didunia sama ada kita bersyukur atas pemberian
ini…MAHA SUCI ALLAH.. diri ini tidak dapat menahan sebak dari terkenangkan
dosa2 silam, diri ini tak dapat menahan kekesalan akibat terlalu mengikut hati dan
membenarkan iblis jahannam menguasai
diri.. ASGHTAGFIRULLAH HAL’AZIM..
“YA ALLAH tetapkan
lah hati kami untuk terus mendekatiMU, menyayangiMU dan RASULMU, dan mengikuti
segala perintah MU, lindungilah kami dari bisikan dan hasutan iblis dan
syaitan, sesungguh nya ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG, kurniakan la
zuriat dari kami yang Sentiasa sujud kepada MU YA ALLAH..ampunilah segala
dosa-dosa kami dan KAU lindungilah kepada mereka-mereka yang telah dizalimi dan
disiksa sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA
MENGASIHANI..”
Diri ini sangat jelas tentang kaum wanita lebih ramai
berbanding kaum lelaki yang berada di neraka.. diri ini mengalami situasi
berperang dengan diri sendiri.. apabila ingin berpakaian menutup aurat hati ini
begitu berat untuk melakukan..dan terdetik perkataan “panaslah” atau “nanti aku
nampak lagi gemuk lah kalau aku pakai baju longgar2” di dalam hati.
Persoalannya kenapa ingkar? Kenapa mesti nak nampak kurus, hanya ingin
perhatian atau ingin dipuji? Puji memuji adalah hanya untuk ALLAH… kita sebagai
manusia tak berhak mendapat pujian yang sebenarnya Dari ALLAH..
Renung – renungkanlah sekiranya kita mati dalam keadaan
tiba2, sudah solat kah? apa bekalan? Bersediakah kita untuk berdepan di alam
kubur dan menjawab segala soalan2 dari malaikat dengan yakin? Cukupkah bekalan
kita untuk di sana
yang SELAMA-LAMANYA… Diri ini selalu terfikir apakah cukup islam diri ini hanya
solat lima
waktu dan menutup aurat? Apakah diterima
setiap ibadah kita?
Semua tidak boleh dijadikan alas an untuk menyedapkan hati
walhal kita tak pasti, oleh itu sentiasa istighfar di dalam hati dan selalu
mengingatiNYA…
Kita selalu melihat atau mendengar manusia mengeji atau
menghina sesame sendiri. ,memutuskan tali silaturrahim dan ada sehinggakan saling berbunuh-bunuh untuk membalas dendam
kesumat dan amarah… MASYAALLAH,, kita tiada hak untuk menentukan hidup mati
seseorang dan kita tiada hak untuk menghina ciptaan allah hanya kerana hatinya
manusia itu terlalu mengikuti turutan syaitan. maafkan lah, Doakanlah untuknya,
supaya dilembutkan hati dan dijauhi dari hasutan syaitan dan hawa nafsu..
Kita digalakan menangis dari ketawa…fikirkan amalan kita,
fikirkan adakah ALLAH terima segala amalan yang kita lakukan…dan jangan pernah
terfikir yang amalan kita sudah cukup…sedangkan para sahabat di zaman Rasulullah
yang dijanjikan syurga sendiri mengeluh dan bersedih kerana selalu terfikir
amalannya yang dikatakan amat sedikit..
Jaga adab di depan, SESAMA
manusia Walaupun Berlainan Agama, Haiwan, , Tumbuhan . Ingatlah wahai sahabat ALLAH MAHA MENGETAHUI
SEGALA YANG TERBUKA MAHUPUN YANG TERSEMBUNYI.
‘BARAKALLAH”
we love islam, we war devil!
No comments:
Post a Comment