Assalamulaikum
ya akhi ya ukhti yang dirahmati ALLAH sekalian. jadikanlah hari ini lebih baik
dari semalam insyaallah.. baiklah kali ini ana tertarik dan perasaan ini
menarik ana untuk utarakan natijah meninggalkan solat fardhu… seperti yang kita
tau solat fardhu ada lima waktu dalam sehari dan wajib sebagai umat islam
mengerjakannya…
Siapa
yang tak pernah membuat kesilapan.. ana pun dahulu sering meninggalkan solat
dalam sengaja atau pun sebaliknya.. tetapi setelah ana tau natijah meninggalkan
solat ini, ana berazam dalam diri untuk tidak meninggalkan solat dan sekiranya
tak sengaja hanya allah yang mengetahuinya , minta la keampunan kepada-NYA
sebanyak-banyaknya.. moga kita tidak menjadi sahabat syaitan yang direjam di
dunia yang penuh tipu daya mahupun di akhirat kelak…amin.
Baiklah,
tanpa banyak bicara ana akan coretkan sedikit sebanyak yang ana tau utk
dijadikan panduan dan peringatan pada kita yang sentiasa alpa, insyaallah…minta
sesiapa yang dapati ana ada tersilap di mana2.. tolong tegur ana utk kita sama2
kejalan yang diredhai..
SOLAT SUBUH
Allah SWT akan mencampakkanya
kedalam neraka jahannam selama 60 tahun di akhirat iaitu bersamaan 3600000
tahun di dunia…
SOLAT
ZUHUR
Dosa sama seperti membunuh 1000
orang muslim. MasyaALLAH, sedangkan membunuh seorang muslim itu pun kita
dikira membunuh semua manusia ini kan pula 1000 orang muslim.. betapa besar
dosa hanya kerana meninggalkan solat dengan sengaja ..kalau di fikirkan masih
ada ruangkah kita menjejaki kaki kita di syurga kelak? Sesungguhnya orang yang
meninggalkan solat benar- menganiaya dirinya sendiri..
SOLAT
ASAR
Dosanya sama seperti meruntuhkan ka’abah..masyaALLAH,
sanggupkah kita menanggung dosa sebesar itu hanya tidak mau melakukan solat
yang hanya 15 minit itu?
SOLAT
MAGHRIB
Dosanya sama seperti berzina dengan
ibubapa sendiri… Astaghfirullahhalazim.. Minta jauh lah dan ana amat menyeru pada saudara /saudari sekalian..
Tolong ambil pekara ini secara serius.. Rasanya sangat bersalah kepada kedua
ibu bapa kita..
SOLAT
ISYAK
Allah SWT berseru kepada mereka “hai
orang yang meninggalkan solat isyak, bahawa aku tidak lagi redha engkau
tinggal dibumiku dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan
dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sedarlah wahai manusia termasuk
ana sendiri.. segala nikmat yang ada di bumi dan dilangit itu milik allah.. tak
malukah kita mengunakannya tanpa bersyukur dan patuh kepada-NYA.
Rasulullah
S.A.W bersabda:
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur diwajahnya
~
Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
“SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU
DISEMBAHYANGKAN, TUTUPLAH AURATMU SEBELUM KAMU DIKAFANKAN, BERAMAL LAH
SEMENTARA DI BERI WAKTU ”
No comments:
Post a Comment