Tuesday, September 3, 2013

Berhijrah la Ke Jalan ALLAH dengan Sebenar-Benarnya..


Beruntung lah jika di dunia tiada harta kesenangan dan hanya bersyukur pada apa yang ada.. janji ALLAH di syurga menanti.. dan teruskan membuat amal kebajikan dan sentiasa di jalan yang benar…

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah al-hadid 57:20)

Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. .(Surah al-hadid 57:28)

kalau di amati kalam ALLAH (Al-Quran), akan perasan berapa banyak ALLAH sebut bahawa kesenangan adalah ujian semata.

Siapa yang berakal dan mencari keredhaan-NYA pasti sangat takut memiliki harta dan dengan relanya menginfakkan hartanya hanya kerana ALLAH..kerana tau itu bukan haknya walau pun bekerja keras utk mendapatkannya...kerana rezeki ALLAH yang menentukan dan ALLAH maha melihat apa yg diperbuat oleh makhluknya akan rezeki yg diturunkan, apakah ia kikir atau suka bersedekah.. dan ALLAH akan membalasnya mengikut apa yg diperbuat oleh tangan mereka sendiri.. 

Wahai manusia yang fakir, dunia kelihatan menentang kamu. Kamu berkaki ayam, telanjang, dan lapar, kecewa dan bernasib buruk, dihalau dari setiap tempat dan dijauhkan dari cita-cita dan keinginan kamu. ALLAH telah menjadikan kau hidup melarat atau membuat dunia ini menekan kamu, atau ALLAH tidak memberikan sebahagian daripada kemewahan dunia kepada kamu, atau tidak memuliakan kamu. Dan tidak patut juga kamu mengadu bahawa allah telah mengurniakan nikmatNYA kepada orang lain, padahal mereka juga seagama dan seketurunan dengan kamu, iaitu Adam dan Hawa.

Hakikat yang sebenar ialah bahawa kamu adalah umpama tanah yang subur, di mana ALLAH sedang menurunkan hujan kesabaran  dan keredhaan, keyakinan dan keimanan, ilmu dan kemurahan. Pohon Iman kamu sedang berakar umbi, serta mengeluarkan dahan-dahanya yang meneduhi kamu,dan mengeluarkan tunas dan buah yang baru, serta menjadi semakin tinggi dan besar tanpa perlu kamu membaja dan meyiraminya. ALLAH amat mengetahui mengenai apa yang kamu benar-benar perlukan. Oleh itu, Dia telah meletakkan kamu pada tempat yang layak bagi kamu di akhirat. Dia telah menjadikan kamu mulia dalam hidup yang akan datang, dimana nikma-Nya tidak terhingga,, tidak terbayang dan tidak terdengar.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh ALLAH Ta’ala, tidak ada orang yang mengetahui apakah keseronokan yang menanti kamu di Syurga. Itu  akan mmenjadikan balasan kamu bagi kepatuha kaumu menjunjung perintah ALLAH dan bagi kesabaran, keredhaan dan penyerahan kamu kepada takdir ALLAH Ta’ala.

Adapun mereka yang senang lenang di dunia ini, maka mereka adalah umpama tanah kering kontang, berbatu dan berpasir, yang tidak menahan mahupun menyerap hujan yang jatuh padanya, dan amat sukar ditanam pohon iman di atasnya. Maka tanah itu perlu diberikan baja agar anak pokok Iman yang lemah itu memperolehi makanannya dan menerbitkan tunas-tunas amalan soleh. Kalau kekayaan, kemuliaan dan kemasyhuran itu diambil dripada mereka. Nescaya pohon Iman mereka akan reput dan daun serta buahnya akan layu, sedangkan ALLAH menghendaki agar pohon itu menjadi kukuh.

Maka wahai saudaraku yang malang, kamu hendaklah tahu bahawa iman orang yang berada tidak kukuh akarnya, iman mereka kekurangan tenaga yang ada pada iman kamu dan iman mereka berhajat kepada harta benda duniawi sebagai penyuburnya. Sekiranya pemberian tersebut diambil daripada mereka nescaya kekufuran akan mengambil tempat iman mereka, dan mereka akan termasuk ke dalam golongan orang kufur, murtad dan munafik, melainkan ALLAH memberikan cahaya rohaniah kepada mereka serta kesedaran, kesabaran dan keredhaan untuk mengukuhkan iman mereka.
Bagaimana kita ingin mengetahui sama ada kita adalah hamba kekayaan harta adalah dengan kita sedekahkan barang yang kita saying.. dan adakah kita sanggup dengan keadaan hati yang terbuka hanya kerana allah… jika ya, Alhamdulillah.. jika tidak teruskan mencari dan membajai keimanan.. ingat saudara-saudaraku sekalian memang dibenarkan mencapai dunia dan nikmatnya, sekalipun mengumpulnya untuk tujutan yang murni, tetapi tidak kamu dibenarkan jatuh hati kepadanya. Kamu boleh biarkan dunia berdiri pada pintu hati kamu, tetapi kamu dilarang membenarkan dunia masuk kedalam pintu itu, kerana dunia tidak akan membawa penghormatan bagi kamu.

Kepada para ulama masa kini
Tidakkah kamu malu bahawa ketamakan kamu telah memaksa kamu berkhidmat kepada penzalim yang terang-terangan melakukan kezalimannya pada manusian lainnya di bumi ALLAH ini! Dan membuat kamu merebut pendapatan yang diharamkan oleh syariat? BERAPA LAMAKAH KAMU AKAN KEKAL DALAM USAHAMU YANG HINA INI? Kerajaan para penguasa yang dikhadami oleh kamu akan hancur lebur tidak lama lagi, dan kemudian kamu akan dihadapkan kepada pengadilan ALLAH Ta’ala yang Abadi dan Maha Berkuasa
.
Apa yang ana rasakan kali ini sama seperti perasaan sheikh ABD.QADIR AL-JILANI..

“Bangunan agama yang dibina Rasulullah s.a.w. sedang diruntuhkan bata demi bata, dan sekarang bangunan itu hampir binasa. Marilah wahai manusia, untuk mendirikan semula apa yang sudah runtuh dan memulihkan apa yang sudah rosak. Kita perlu berusaha bersama-sama sehingga tugas ini selesai.”
Dunia mulai menunjukkan tanda-tanda kiamat kecil dan sedang menuju ke tanda-tanda kiamat besar dan penghakhiran nyawa bumi.. oleh itu marilah kita sama-sama menjadi orang-orang yang beruntung pada kehidupan selepas kehidupan ini. Allah memang terserlah dengan maha pengasih dan Maha Penyantun.. masih memberi kita peluang untuk kejalannya.. masih memberi ruang bumi bernyawa.. supaya tidak berduka cita manusia yang mula tersedar dari lena..

Pesanan ini tidak lain adalah nasihat pada diri sendiri yang terkadang tersasar dari  sasaran  dan kembali semula ke fitrah.. dan allah itu MAHA PENGAMPUN.. ikhlas kan hati pada ALLAH..

Al-Quran adalah naskah yang sangat mujarab supaya kita merendahkan diri kita tatkala kita leka dan tatkala kita selalu mendabik dada pada makhluk di bumi..Al-Quran adalah kalam ALLAH.. selalu membaca, menghafalnya dan paling penting mengamalkannya.. percayalah dialah insan yang amat beruntung..

Untuk ke Syurga ALLAH tanpa dihisab bukan mudah kecuali mereka yang zuhud kepada ALLAH. apakah zuhud?, zuhud adalah meninggalkan DUNIA dan menggengam AKHIRAT.. iblis bekerja keras dan di bantu oleh hawa nafsu.. maka kita harus bekerja keras melebihi iblis dan menentang nafsu supaya dapat mematahkan usaha iblis dan sekali gus menjadi mulia di sisi ALLAH., insyaallah..

Ingatlah wahai sahabat, dunia ini sudah terlalu tua...dan mulai menampakkan jelas tanda2 utk pengakhirannya.. tidakkah kita terfikir? apa yang boleh dilakukan, setelah ALLAH mengambil nyawa..di saat itu tiada lah berguna untuk menyesal atau untuk menambahkan amalan.. Jadilah kita Manusia yang baik kerana sesungguhnya di syurga hanya untuk manusia yang hatinya baik...

keadaan bumi semakin huru-hara, janganlah di kuatiri kerana senuanya Atas ketentuan-NYA.. tugas kita setiap individu adalah beramal, berdoa , redha dan bersabar...kerana itu lah yang akan menolong kita utk kesyurga abadi dengan izin ALLAH. InsyaAllah..