Monday, November 8, 2010

SEMUA TENTANG ARNAB.

Assalamualaikum Semua...
Kali ni zura nak berkongsi tentang arnab, seperti cara penjagaan dan ajar bagaimana arnab tu :-
1. Didik Supaya Mendengar Kata
2. Penjagaan Masa Sakit
3. Tempat yg Sesuai untuk Bermain
4. Cara Mengangangkat dgn Betul
5. Penjagaan Semasa Arnab Telah Melahirkan Anak..

Pertama sekali Zura nak citer skit la, Sebelum ni Zura banyak kali bela arnab tapi just bela dalam sangkar bagi makan bagi minum, pernah juga la lepas di halaman tapi arnab nampaknya cam takut kan tuannya sendiri.Puas juga la nak rapat dgn haiwan peliharaan ni, macam2 cara da Zura buat.Mandikan die, tido Sama, tapi masih juga tak mesra..last2 arnab2 tu ade yg mati, ade yg lari dan ade juga yg di curi org..rupa-rupanya cara pendekatan Zura dgn arnab tu salah, tu pasala die tak mo kat Zura..hehehehee..Dan sekarang Zura guna pendekatan yg Zura nak kongsikan pade korang ni, arnab Zura pon faham Zura dan zura tau die sayang Kami sekeluarga.

1. Didik Supaya Mendengar Kata

Korang mesti fikir "Boleh ke Arnab ni Dengar Kate, Faham ke arnab ni, ade perasaan ke si arnab ni??..". Zura dulu pon berfikiran yg sama macam korang, tapi setelah Zura praktikkan pada arnab baru Zura nama nya Putih(Jantan) seekor lagi Comel(Betina) ternyata Tidak Ragu2 lagi bahawa arnab ni mmg mendengar kata.






Caranya agak rumit sikit tapi Berbaloi, misalnya kite nakkan die buang air besar@ kecil di dalam sangkar. setiap kali die buang najis, ambil najis tu dan bawa arnab tu bersama suruh die masuk kedalam sangkar dan suruh die bau najisnya dan letakkan najis dalam sangkar tu depan mata arnab, biar dia tau dan faham..buat la seboleh2 semua najis yg di buang merata-rata tu.. jgn tertinggal satu pon, buat dalam 2 minggu dan lepas tu korang akan tgk hasilnya, arnab korang takde lagi buang najisnye merata-rata.
Satu lagi korang kene belai dan bermain dgn die setiap hari walaupon 15 min pon cukupla, asalkan si arnab tu dpt merasakan kasih syg tuannya.Pastikan korang sentiasa berinteraksi dgn arnab, sentiasa menyebut namanya apabila korang memanggil dan bila kita panggil dan si arnab itu datang belai die dan katakan sebarang pujian pada si arnab tersebut dari itu lama kelamaan si arnab itu tau namanya dan datang bila di panggil.


Bercakap pasal mandi pulak, ade sesetengah org mmg tak mandikan arnab mereka dan ade pulak sebaliknye, itu terpulang pada individu, pada pada pendapat Zura kenapa sesetengah org tu tak mandikan arnab die mungkin di tempatnya sejuk tak macam malaysia, so Zura biasa mandikan arnab sebulan sekali, mandikan arnab dari leher sampai ke ekornya, pastikan telinganya tidak kene air kerana telinga arnab ni sgt sensitif.. bahagian kepala korang cume perlu lap dgn kain basah je. Lepas je mandikan arnab korang, jgn biarkan arnab tu basah kuyup,lap la dgn kain bersih tak pon sape yg ade hair dry tu gunakan la utk keringkan bulunya..
penjagaan kuku pula, ini pon terpulang sama ada korang rasa kuku arnab tu agak tajam, potongla kuku die pakai khas utk pengetip kuku tapi pastikan jgn terlalu dalam potong kuku arnab sehingga terkena dagingnya takut belaku pendarahan pada arnab tu kerana apabila berlaku pendarahan susah nak baik.


2. Penjagaan Semasa Sakit.

Kalau korang dapati arnab korang sakit cam bisul ke demam ker, tolong jangan bagi arnab korang antibiotik sebab arnab ni tak same cam haiwan peliharaan yg lain.
Arnab memelukan bakteria dalam badan utk pencernaan atau pengahadaman makanan dan bila kite bagi die antibiotik, ia akan mematikan semua bakteria dalam badan arnab tu dan apabila bakteria takde dalam badan arnab tu ia tak dapat mencernakan makanan dan lama kelamaan arnab korang akak mati.
Jgn jadi macam comel, die kene bisul di leher, zura pon bawa die gi klinik haiwan,klinik tu tak berapa arif pasal arnab coz die utamakan haiwan peliharaan macam kucing, so die bagi ubat krim antibiotik dan lepas tu krim gamat utk sapukan pada bisul comel utk cepat sembuh.lepas je sapukan pade comel die asyik jilat je ubat tu di leher die dan tak sampai 3 hari comel telah pun menghembus nafas terakhir, Zura ape lagi menitiskan air mate atas pemergian die, sebelum die menghembuskan nafas terakhirnya, comel asyik dtg kat zura dan duduk di riba dan ikut kemana saja zura pergi seakan tak mau meninggalkan zura di saat hayatnya ada. Nasib baik la zura tak ralat sgt dgn pemergiannya sbb sehari suntuk bermain dgn comel, sekurang-kurangnya Zura tau dia sygkan zura dan die tau zura sygkan dia juga..

Sebaiknya bagi arnab korang makan makanan yg berkhasiat seperti lobak merah muda, epal, sayur sayuran atau pallet makanan arnab yg ade di merata kedai haiwan, air yang sudah dimasak adalah yg terbaik bagi arnab korang. Sangkar mesti lap, lapikkan kertas di tempat pembuangan najis dan kencingnye agar tak terlalu kuat baunya dan haruslah di bersihkan setiap hari.




Kalau kene bisul pulak,korang just bersihkan dgn air dan jgn taruk ape2 kat bisul tu, arnab ni mmg susah nak baik kalau kene penyakit, kita kene sabar la, Sabar tu kan separuh dari iman..;-)


3. Tempat Yg Sesuai Untuk Bermain

Jangan la di biarkan arnab korang duduk je dalam sangkar sampai hayat die berakhir, kesian die. Petang-Petang tu cube la korang lepaskan arnab di laman rumah, arnab ni die takkan lari jauh kecualila kalau die terkejut, tapi kebiasaannya dia akan datang balik bermain tempat yg korang letakan arnab untuk bermain, tak pon kalau nak lagi selamat lepaskan didalam rumah korang ke,dah tentu2 selamatkan?, pastikan juga korang mengawasi arnab korang coz arnab ni suka mengunyah, kang abis majalah, surat khabar atau ape saje kertas die kunyah..




4. Cara Mengangkat dengan Betul.

Selalu kite tgk Dalam cite kartun atau magician cara die angkat arnab dgn memegang kedua telinganya, Zura tak setuju dgn cara tu, zura lebih suka mengangkatnya seperti gambar di bawah ni;-

Arnab ni pon ade macam2 ragam, so korang pilih la yg mana korang rasa sesuai dan arnab korang tak meronta apabila diangkat, itu kire sesuai la tu..



5. Penjagaan Semasa Arnab Telah Melahirkan anak.

zura dari dulu mmg pelik sgt pasal arnab ni, bukan pelik ape pelik sebb kenapa die tak pandai jaga anak die sendiri. Kalau yang liar tu elok pulak die bele anak, mungkin arnab di kedai tu lahir2 je kene pisah dgn keluarganya sebab itu la agaknya arnab yg di jual tak sama dgn arnab yg liar di hutan. Balik pada topik kite iaitu penjagaan semasa Arnab telah melahirkan anak, korang sediakan bakul petak yg telah disediakan kain lapik, masukkan anak dan ibunya,dan belai ibunya supaya anaknya boleh menyusu lebih kurang lam 15 ke 30 minit. Jarakkan masa penyusuan setiap 1 jam atau pon 2 jam. lama kelamaan si ibu itu tau menyusukan anaknya sendiri.

Demikianlah sedikit sebanyak ilmu yang zura ada untuk dikongsikan pada korang buat masa ini, bak kate org biarla secebis tapi amat berguna. Harap berpuas hati dan kalau ade ape2 pertanyaan just post a comment insyaallah zura akan reply.